Bilis Oh Bilis

Bilis Oh Bilis
Bilis Mata biru sekarang tengah popular di Pulau Pangkor. Kalau shoping di bandar Lumut, merata-rata orang promote bilis mata biru ni.

Harga boleh tahan la. Apa yang specialnya bilis ni entah. Orang kata sedap. Saya rasa macam bilis-bilis biasa je.

Kalau tengok harga ikan bilis, ikan kering, sotong kering dan macam-macam benda kering kat sini, boleh kering poket. Ternyata ikan bilis, ikan kering dan yang seangkatan dengannya cuma mampu dibeli oleh orang kaya-kaya.

Boleh padam la tanggapan, hidup susah makan nasi dengan ikan bilis je.

Apapun, kalau bercuti ke Pulau Pangkor, jangan lupa singgah beli Bilis Mata biru ni di Lumut.

Menara Condong Teluk Intan

Menara Condong Teluk Intan
Lumut 1 Okt 16


Menara Condong bukan sahaja boleh dilihat di Paris. Teluk Intan, Perak juga ada sebuah menara condong yang unik.

Melawat Perak terutama bandar Teluk Intan tak lengkap kalau tak singgah bergambar kenangan di sini.

Asalnya menara ni dibina untuk meletakkan tangki air bagi kegunaan kecemasan penduduk bandar ini. Dibina pada tahun 1885 ia mampu bertahan sampai sekarang.

Selain dari itu, menara ini menjadi penanda arah kapal-kapal yang belayar di pelabuhan Telok Anson. Sebenarnya banyak lagi sejarah yang tercatat tak mampu saya nak cerita satu persatu. Boleh pegi sendiri dan baca setiap informasi tetrtulis di sekitar menara ini.

Sekarang, menara ini menjadi mercutanda Teluk Intan. Ada jam besar juga untuk penanda waktu. Kawasan sekitar terjaga memudahkan pengunjung untuk ambil tahu bangunan unik ini.


Lumut 1 Okt 16

Satu tips kalau nak selfie, bagi nampak keseluruhan tinggi menara ni.. Depan tangga naik menara ni ada satu lukisan. Ambil gambar selfie betul-betul tempat saya berdiri ni. Maka akan kelihatan muka kita berlatarbelakang menara penuh sampai atas.

Selain Pantai Apa Lagi Menarik Di Port Dickson

Port Dickson Negeri Sembilan memang sudah terkenal dengan tempat mandi-manda. Kebanyakkan hujung minggu penduduk kota dihabiskan di sini. Kini ada tarikan terbaru yang patut kita lawati.

Disamping mandi-manda, Alive 3DArt Gallery juga tak kurang menariknya. Terletak di Daerah Lukut, satu jalan nak ke PD. Perjalanan lebih mudah dengan google map.


Harga tiket dewasa RM25 tanpa MyKad atau RM20 dengan MyKad. Bagi kanak-kanak pulak tikert harga RM15 dengan MyKad. Kanak-kanak di bawah ketinggian 90cm free.

Antara gambar-gambar yang menarik:

Gayat

Ala-ala zaman silam

Mendayung

Rumah Terbalik Upside Down



Sebelum datang ke sini, aku dah terbayangkan rumah terbalik macam kat Tamparuli Sabah tu. Jadi ambik masa sikit nak buat keputusan sebab dah ada pengalaman pegi ke Rumah Terbalik Tamparuli. Setelah berbincang dengan wife akhirnya pegi juga ke Rumah Terbalik Upside Down PD. Tempatnya selepas Pantai Teluk Kemang. Tak susah mencari dengan Google Map.

Rupa-rupanya konsep kat sini berbeza dengan Rumah Terbalik kat Tamparuli. Bangunan biasa sama konsep dengan 3D Art Gallery yang baru je aku singgah tadi. Cuma ada kelainan sikit.

Welcome


Trick Je ni..

Ambik Air

Takde la menarik sangat. Setiap gambar yang di ambik tu perlu dirotate 2 kali untuk menampakkan kesannya. Lain-lain binaan dan gambar bagi aku biasa-biasa saja. 

Antara tips yang boleh aku kongsikan di sini ialah:
  1. Datang awal untuk mengelakkan kesesakkan. Seawal pukul 10 orang dah beratur menunggu.
  2. Bawak ahli keluarga ramai-ramai. Kalau setakat pergi berdua, tak berapa syok. Nak ambik gambar pun tak ada semangat. Ini kerana terlalu kurang pekerja yang nak datang membantu ambik gambar.
  3. Camera yang agak canggih diperlukan. Ada tempat-tempat yang terlalu gelap dan sukar nak ambik gambar. Setakat camera iPhone 4S memang gambar kelaut la.
  4. Ada sesetengah gambar tak ada photoshot point. Bukan semua pengunjung pandai cari angle yang sesuai. Jadi kalau ada ilmu photographer sikit-sikit tu sangat membantu.
Baiklah, banyak lagi travelog yang nak kena update nih. Maklumlah tengah cuti sekolah kan. So, selagi tak pejam mata, kita travel dan terus travel.





Langkawi Lagi, Pakej Pulay Payar yang Kurang Berbaloi

Kenapa aku kata Pakej ke Pulau Payar tak berbaloi? Sebab aku dah kena tipu dengan agen Pak Mat! Sakit ati betul la trip kali ni. Walaupun sampai jugak je Pulau Payar tu tapi unsur-unsur penipuan semasa mempromosi tu betul-betul buat aku rasa marah. Berbeza dengan percutian ke langkawi masa aku pegi tahun lepas. 

Macam ni ceritanya, aku sampai langkawi dah petang. Turun flight terus ambik kereta. Walaupun cuti sekolah, rate masih murah. Yang ni aku puas hati dengan abang yang promote perkhidmatan sewa keta tu. Keta cantik dan superb.

Bilik Hotel..

Sampai kat hotel, lepak-lepak jap dan mula survey untuk Pakej Pulau Payar. Tempat-tempat lain aku dah pernah pegi dan tak berhajat nak pegi lagi kali ni. Masa tengah survey ni aku tertarik dengan agen Pak Mat. Perwatakannya yang nampak islamik, peramah dan macam boleh dipercayai. Aku dengar dengan teliti apa yang diperkatakannya.

  • Pakej murah, RM250 untuk 2 Orang. (Orang lain ada yang bayar 180 untuk seorang)
  • Pengangkutan ke Jeti naik Van bukan naik bas.
  • Naik bot paling ramai 60 orang, tak naik feri. (satu feri 200-300 org)
  • Balik pukul 430 berbanding naik feri balik pukul 530.
  • Sampai Pulau Payar ada jamuan teh. (Tak ada pun)
  • Makan tengahari buffet. (Makanan dalam bungkusan)
  • Dll yang tak mampu dikhabarkan kemanisannya.
Antara banyak-banyak janji manis tu, aku cuma merasa yang no 1. Janji lain semuanya kelaut. Dah la naik bas tunggu sampai pukul 10pagi tak sampai-sampai. Janjinya pukul 8. Aku punya la tunggu van yang dijanjikan tapi bas pulak yang sampai. Bila kita tanya dia kata peserta ramai sangat, so dia angkut naik bas sekali.

Sampai jeti terus naik feri. Aik.. sekali lagi aku geram. Agen tu kata naik bot laju, ni naik feri dekat 200 orang dalam tu. Janji mana janji? Alasan yang diberi, memang tak ada bot laju, semua pakej ke Pulau Payar akan naik feri. Macam mana la agen tu boleh promote naik speed boat kat aku? Tak kenal bot dan feri gamaknya.

Macam tak best je..


Tak pe la, mungkin kat Pulau Payar ada banyak benda menarik lagi. Tak guna nak marah-marah sangat. Tetapi setibanya di pulau, indah khabar dari rupa. Nak snorkeling pun tak ada selera. Kesian pulak tengok pelancong asing yang ambik pakej dive. Mereka dibawa di tepi pantai! Dive apa tepi pantai? Serius aku cakap, kat sini tak ada yang menariknya. Ikan pun tak berjenis. Terlalu sedikit tarikan untuk melakukan aktiviti snorkeling di sini.

Lebih kurang pukul 430ptg kami semua diarahkan menunggu feri untuk pulang. Apa yang aku harapkan ialah balik awal sebab ada lagi beberapa aktiviti untuk aku buat lepas aktiviti ni, namun apakan daya, perjalanan balik, menunggu bas dan sampai di hotel dah pukul 7pm. Dan sebab itulah aku rasa tertipu sebab agen tu cakap pukul 5 dah sampai hotel.

Bab makan tengahari dan minum teh tu aku boleh pejam mata. Asalkan ada makanan aku tak kesah. Namun sikap agen yang tak jujur membuatkan aku hilang kepercayaan terus kepada agen tepi jalan. Nak cari balik agen tu menuntut hak, rasas seram pulak. Kang tak lepas balik kena bunuh kat Langkawi!

Apapun nasihat aku, nak mencari agen yang betul-betul jujur sangatlah susah kecuali kita kenal dengan orang-orang di sana. Buatlah survey dengan banyak agen untuk melihat perbezaan dan tawaran paling menarik kita boleh dapat. Kalau time cuti sekolah mungkin mereka akan menyembelih pelancong dan demand agak tinggi. Pandai-pandailah memilih. Jangan terpedaya dengan rupa paras dan imej islamik mereka.

Keseluruhan cerita ini adalah cerita dari aku sendiri. Pengalaman aku yang mungkin agak terburu-buru dalam membuat pilihan. Mungkin ada pengunjung yang hepi-hepi saja dengan pakej yang sama macam aku ambik ni. Semuanya datang dari hati. Kalau kita rasa nak hepi, kita hepi lah. Mungkin cerita ni boleh dijadikan sedikit panduan atau biarkan saja cerita ni berlalu tanpa apa-apa tindakan.


Perlukah Berhutang Nak Pergi Travel?

Tersentuh hatiku bila melihat iklan ini. Ajar la orang ramai berhutang untuk travel. Sebab ia menguntungkan. Balik bercuti, gadai la harta benda untuk membayar hutang tu.

Ni sebenarnya satu konsep yang salah apabila nak bercuti. Cuti itu perlu.. Kalau ada lebihan duit barulah boleh bercuti. Kalau nak sangat ada duit lebih, menyimpan bukan meminjam. 

Okeh.. itu je tips travel kali ini. Apa kata kita kongsi idea macam mana nak kumpul duit cara masing-masing bagi memenuhi impian untuk travel ke serata dunia.

Silap Tarikh Beli Tiket Flight

Salah beli tiket flight memang igauan ngeri buat aku. Salah sendiri jugak sebab tak check betul-betul tarikh yang available untuk travel. Akhir tahun lepas, Airasia ada buat promosi murah, dengan eksitednya aku pun beli la tiket. Alhamdulillah dapat betul-betul murah. Pegi ke Kuching 2 orang cuma RM140 pegi balik. 

Sekali tengok tarikh, betul-betul jatuh pada hari raya haji. Hohoho, ini tak boleh jadi. Raya haji nak jalan ke mana je. Bukan ada tempat menarik yang bukak pun. Semua orang nak pegi beraya. So, aku pun cari la cara macam mana nak tukar tiket. Belek punya belek, aku rasa sangat la tak berbaloi caj-caj yang dikenakan untuk tukar tiket. Aku ambik keputusan untuk biarkan je tiket tu. Kalau ada rezeki, aku teruskanlah, kalau dah bukan rezeki burn je la. Di samping tu aku buat juga rancang nak beraya rumah member kat Sarawak. Itu pun kalau diorang tak balik kampung.

Email Harapan.. Email Kelegaan..

Semalam, dapat email dan sms dari AirAsia pasal Flight Reschedule Notice. Owh! ni berita baik. Bila check rupa-rupanya yang diubah adalah masa pegi dan balik je. Tak guna jugak. Tapi.... Ada dua option dia bagi. Pertama pilih masa yang sesuai dengan kita, dan satu lagi batalkan flight dan refund. Duit tu dimasukkan dalam credited account kita. Harusslah aku pilih option ke dua.

Cuma ada syarat yang perlu dipatuhi. Duit yang dicreditkan dalam akaun tu cuma boleh bertahan selama 90 hari. Maknanya kena order tiket sebelum 90 hari dari tarikh dicreditkan. Bagi aku itu tak ada masalah. Daripada burn terus duit tu, baik aku rancang perjalanan baru.

Legaaaaaaaa......

Agak-agak bila la agaknya ada promosi lagi ye? 

Hi-Tea Di Restoran Atmosphere 360 Menara Kuala Lumpur

Di ketinggian 282M dari aras laut, memang betul-betul tinggi minum teh je pun. Entah rasa tehnya sama macam kat bawah ntah tak. Sekadar mencuba dan bawak mak merasa minum tempat macam tu.

Bukan nak menangkan nafsu,tapi sekadar nak menggembirakan hati si Ibu. Seronok tengok Mak gembira. Walaupun tak diucapkan dengan kata-kata, tapi senyuman puas tu jelas kelihatan.. Hi Tea bersama Mak mertua,isteri dan adik ipar di Menara Kuala Lumpur memang seronok. Menikmati makanan sambil round satu KL.

"Makan duduk!"... 
"Jangan makan berdiri". 
"Makan tangan kanan"... 
"Baca doa sebelum makan" 

Macam-macam peringtan dan pesanan penaja yang kita dah dengar berkaitan adab ketika makan. Kalau makan sambil bercakap ditegur kata tak sopan.. Makan sambil berdiri katanya amalan syaitan..tapi hari ni aku makan sambil berputar-putar, tapi katanya..."fuhyooo... Best la.." Mujuq tak kata..." Kurang ajaqqqq"

Hajat nak bawa mak makan kat tempat tinggi ni terlaksana sudah..Syukur Alhamdulillah...

Wajah Ceria memasing
Ceria wajah mak kan..
Dalam masa 2jam, silalah makan sepuas-puasnya. Kalau rasa perut dah full, bangunlah dan sila buat senaman ringkas untuk mempercepatkan proses penghadaman. Lepas tu, sambung lagi. Makan, makan dan makan sampai masa tamat ( dah macam pertandingan siapa makan paling banyak. ^___^.) Bukan apa, supaya rasa berbaloi datang ke sini. 

Makan sampai licin..
Hi Tea ni dari jam 3.30-5.30 je dengan kadar bayaran Ringgit Malaysia tujuh puluh seorang. Dinasihatkan jangan makan tengah hari supaya korang boleh sediakan ruang yang luas untuk menu kat Angkasa ni.. Bukan menunya yang istimewa tapi, tempatnya tu yang sangat istimewa, Atmosphere 360.

Untuk mendapat harga yang lebih berbaloi, boleh dapatkan coupon melalui Groupon. Kena tempah awal sebab tempat sangat terhad. Nak makan tengahari ke, Hi-Tea ke, Dinner ke, pilih je pakej yang berkenan. Terus terang cakap, makanan biasa-biasa je.

Seperkara lagi, ada dress code ye nak makan kat sini. Jangan pulak pakai selipar jepun dengan pakaian yang tak sudah datang. Memang kena halau la jawabnya.

Barulah betul....Jalan-jalan, cari makan...
Pemandangan dari atas. Gayat...
Sebenarnya istilah "kurang ajaq" tu bukan sebab makan berputaq, tapi kurang ajaq sebab hang makan tak ajak aku..huhhhh...hehehehhe.