Mencari hotel bajet sudah semestinya dilakukan oleh pengembara setiap kali nak pergi bercuti. Untuk mendapatkan harga bajet mesti buat tempahan awal. Kalau bercuti di hujung minggu, tak dapat la jugak harga bajet tu. Maka terpaksalah bayar harga Peak Season.
Tapi, semalam saya main redah je ke Cameron Highlands. Hujung minggu pulak tu. Sebenarnya tak plan nak ke sini, jadi takde la buat tempahan hotel. Sampai sini terus redah. Alhamdulillah, masih ada bilik kosong. Saya bandingkan dua-tiga tempat, Sun Bird Hotel ni boleh dikatakan murah la juga.
Bilik berharga serendah RM78 untuk single. Yang paling best, parking dan kedai makan tak jauh. Cuma kat bawah hotel tu je.Saya dah banyak kali ke Cameron Highlands secara terjah-terjah macam ni. Kebanyakkannya bilik tak dapat semurah di Sun Bird Hotel. Cuma sarapan tak disediakan la.
Kemudahan lain: Wifi free, TV, air panas untuk minum, iron.
Kemudahan lain: Wifi free, TV, air panas untuk minum, iron.
Kalau ke Cameron Highlands, kebiasaannya orang akan cari hotel di Brinchang. Saya tak berapa suka duduk Brinchang sebab terlalu sesak. Jadi pilihan yang ada ialah di Tanah Rata. Sun Bird hotel ni terletak kat Tanah Rata la. Tapi bukan betul-betul kat pekan, lebih kurang 5KM ke pekan. Jadi tempatnya memang selesa dan jauh dari kesesakkan.
boleh jadi rujukan kalau ke sana nanti..
ReplyDeletethanks bro.. tapi sebaiknya survey dulu lain2 tempat. takut2 pandangan saya ni salah dan berat sebelah. maklumlah pandangan manusia kan berbeza.
Delete