Jumpa Kawan Lama Di Tea House Cameron Valley, Cameron Highlands

Mahadi Dengan Askar-Askarnya
Mahadi ialah kawan lama saya masa belajar di Universiti. Sudah berbelas tahun tak jumpa walaupun duduk di KL. Semalam masa percutian ke Cameron Highlands terjumpa dia di Tea House Cameron Valley. Kira jejak kasih jugak la.Wah, ramai betul askar dia. Comel-comel pulak tu. Takpe la, kita tinggalkan dia dengan anak-anak dia menikmati pemandangan indah.

Menu Sarapan Pagi- RM18.90
Tea House Cameron Valley ni ialah tempat minum teh. Setiap kali naik Cameron Highlands memang akan singgah sini dulu membasahkan tekak. Walaupun agak mahal makanan kat sini, namun pemandangan indah di belakang dapat melupakan sekejap harga makanan yang mahal tu. Cuba tengok latarbelakang gambar tu. Ladang teh terbentang luas. Dengan kedinginan udara pagi, memang betul-betul syok.

Biasanya kedai ni jadi port bikers di hujung minggu. Teruja tengok motor besar-besar parking depan kedai tu. Tapi hari ni tak jumpa la pulak kelibat mereka. Mungkin tak sampai lagi. Cuma ada rombongan cik kiah je. Tu yang agak sesak. Nasib baik dapat tempat. Kalau tak memang tak jadi la makan kat sini.
SHARE

KHAIRUL AMRAN

Ini catatan perjalanan aku untuk aku abadikan menjadi kenang-kenangan. Selagi aku hidup, aku akan terus menulis dan menulis di dalam blog ini. Catatan ini sekadar catatan peribadi. Bukan untuk rujukan mahupun dijadikan asas hujjah dalam perdebatan. Teruskan membaca atas pilihan sendiri.

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Before submitting your comment or should you be unaware of this, read up my comment policy . Hopefully this answers all your question regarding how I attend to readers comments.