Mesti Cuba, Nasi Bamboo Dengan Ayam Bakar

Ni la nasi buluh dengan ayam bakar
Masih lagi cerita dalam travelog hujung minggu. Balik dari Taman Rekreasi Air Panas, ternampak sebuah gerai biasa yang menyajikan makanan unik.

Nasi Bamboo. Bukan lemang ye. Nasi dikukus dalam buluh dan dihidangkan panas-panas bersama dengan buluh-buluhnya sekali. Seriously ini sesuatu yang unik.

Keluarkan nasi dari dalam buluh
Lauk boleh ambik sendiri. Ada ayam bakar, ayam kampung bakar, ikan goreng, patin masak lemak tempoyak dan sayur-sayuran. Nasi Bamboo dihidangkan satu set dengan ayam bakar, kuah, telur masin dan ulam berharga RM10. Sangat berbaloi untuk sorang makan.

Selain daripada tu, boleh pilih laksa penang. Tapi kuah dia agak cair.

Nak rasa sikit

 Lepas makan, pekena cendol pulut pulak. 

Cendol Pulut dengan air kopi
Bruppppp... Kenyang giler hari ni. 

Review sikit pasal gerai ni. Kawasan betul-betul di selekoh jalan masuk Taman Reakreasi Air Panas. Gerainya banyak lalat. Mungkin ada orang bela ayam kat kawasan berhampiran. Layanan dari pekerjanya memang terbaik.

Mesti cuba. Itu je yang saya mampu bagitau. Sedap atau tak, anda kena rasa sendiri. Tekak lain-lain kan?




SHARE

KHAIRUL AMRAN

Ini catatan perjalanan aku untuk aku abadikan menjadi kenang-kenangan. Selagi aku hidup, aku akan terus menulis dan menulis di dalam blog ini. Catatan ini sekadar catatan peribadi. Bukan untuk rujukan mahupun dijadikan asas hujjah dalam perdebatan. Teruskan membaca atas pilihan sendiri.

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

14 comments:

  1. nampak sedap makanan tu bro..
    kalau di sarawak.. ayam masak dalam buluh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa-biasa je bro rasa makanan ni. Cuma persembahan nasi tu agak unik yang buat kita tertarik nak makan kat sini.

      Delete
  2. bagus cuba dan dapat rasai sendirinya rasanya..betulkan..salam perkenalan

    ReplyDelete
  3. pelik gak upanya kan.hehe. benda ni mcam ayam pansoh kat sarawak.heh

    ReplyDelete
  4. menarik! lain dari kebiasaan.. boleh cuba ni. thanks for sharing.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sambil menyelam minum air. Kalau ke felda hotspring bolehla singgah sini. Kalau setakat nak makan nasi buluh, rasa tak berbaloi jalan jauh2.

      Delete
  5. RM 10 sekali dgn buluh tu? serius murahnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup sekali dgn buluh. Tapi takde la kita makan buluh tu macam panda..

      Delete
  6. salam kenal..

    unik jugak nasik kukus dlm buluh.. tapi unik mcm mana pun.. rasa kena sempoi jugak kan? kalau tak sempoi.. tak kena jugak kan? susah susah jek carik buluh semua.. masak dlm rice cooker pun bleh dak? hihihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa biasa biasa je kak. Sebab nasi tu dah separuh masak baru dimasukkan dalam buluh. Cuma aroma buluh dengan daun pisang tu je la membuatkan rasa lain sikit dari nasi biasa.

      Delete
  7. memang unik..yang ni memang rare..first time nampak..nasi dalam buluh..

    www.naturalhealthyandbeauty.blogspot.com

    ReplyDelete

Before submitting your comment or should you be unaware of this, read up my comment policy . Hopefully this answers all your question regarding how I attend to readers comments.