Pekena Nasi Arab Sedap Di Cameron Highlands


Restoran Al Raudah Kat Belakang Kami
Kedai nasi arab di Cameron Highlands tumbuh macam cendawan lepas hujan. Mungkin permintaan yang tinggi dan semakin ramai orang arab datang ke sini menyebabkan peniaga ambik peluang.

Restoran Al Raudah, terletak di Tanah Rata. Sebenarnya tak sampai lagi ke pekan Tanah Rata, kalau dari Brinchang. Terletak betul-betul sebelah Hotel Madani dan Hotel SunBirds.

Landmark Paling Senang Nak Cari


Apa yang specialnya nasi arab kat sini? Sebenarnya tak ada apa pun. Cuma nasi arab ni sesuai untuk mereka yang dah bosan makan strawbery. Cuaca sejuk-sejuk macam ni pekena nasi arab boleh la juga memanaskan badan.

Kat sini macam-macam ada. Kabshi, Mandy, Chicken Rosted, Kambing dan banyak lagi sampai tak larat nak order. Pendek kata, apa yang kebiasaan restoran nasi arab ada, dia ada.

Okeh, nak teruskan perjalanan. Cuaca sejuk sebab hujan sejak hari Sabtu. Jalan agak licin dan aktiviti memetik strawbery tergendala.
SHARE

KHAIRUL AMRAN

Ini catatan perjalanan aku untuk aku abadikan menjadi kenang-kenangan. Selagi aku hidup, aku akan terus menulis dan menulis di dalam blog ini. Catatan ini sekadar catatan peribadi. Bukan untuk rujukan mahupun dijadikan asas hujjah dalam perdebatan. Teruskan membaca atas pilihan sendiri.

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

2 comments:

  1. Sedap itu,makan makanan berlemak kalau cuaca sejuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi tak boleh diamanlkan selalu. Botak kepala nanti.

      Delete

Before submitting your comment or should you be unaware of this, read up my comment policy . Hopefully this answers all your question regarding how I attend to readers comments.