Pulau Burung Juga Mendukacitakan

Ingatkan cuma di Teluk Kemang je yang serabut. Rupanya di Pulau Burung juga mendukacitakan. Bezanya di sini adalah sedikit ketenangan. Cuma ada beberapa kemudahan yang musnah dan tak terjaga. Tangan-tangan manusia kurang bertamadun tegar merobek segala kemudahan yang ada. Kesian manusia yang duduk di dunia ketiga ni.

Pecah dan tak berganti..

Kawasan yang sepatutnya menjadi tumpuan pelancong terbiar begitu saja. Pelbagai info hilang dari tempatnya. Kalau orang putih datang sini, kena pakai google translate nak memahamkan info berbahasa Melayu yang masih tinggal. Info berbahasa inggeris hilang. Mungkin dipecahkan oleh spesis rasis tak bertempat agaknya.

Dahsyat jugak la kemusnahannya.

Yang ni lagi dahsyat. Dikopak terus info yang ada. Sapa la yang bawak balik tu ye? Kot ye pun nak tunjuk kat kaum keluarga, ambik gambar cukup la. Ni nak ambik dengan plate-plate sekali tu buat apa. Pemandangan macam ni agak biasa aku tengok kat kawasan pelancongan berstatus tempat melancong sambil belajar.

Tiada pemegang dan tiada lampu.

Okeh gambar yang ni nampak macam tak ada apa-apa yang menarik kan? Sebenarnya aku ambik gambar ni masa air tengah surut. Kalau air pasang, keliling jambatan tu adalah air laut. Tak dalam, tapi kalau jatuh memang boleh lemas. Datang pulak budak-budak baru nak naik yang suka buat prank kat kengkawan, tak ke lagi bahaya. Buatnya ditolak ke dalam air, dah jadi satu kes pulak.

Sepatutnya kena letak pemegang dan lampu. Waktu malam dari tempat ni pemandangan memang cun. Boleh tengok burung-burung yang menetap kat sini. Sebab tu la namanya Pulau Burung. Tapi sekarang ni waktu malam burung lain pulak yang beroperasi dalam gelap.

Masa aku datang sini, macam ni la keadaannya. Mungkin lepas aku balik dan sampai rumah, pihak berwajib datang betulkan aku tak tau la. Harap-harap kunjungan korang ke sini nanti keadaan bertambah baik. Aku cuma mampu berharap aja la. Selebihnya aku serahkan kepada orang yang bertanggungjawab. 

Jangan pulak aku review tempat ni membuatkan korang taknak datang sini pulak. Serius cantik pemandangan dari sini. Disamping boleh tengok burung, ada juga hidupan lain macam monyet yang berkeliaran kat Pulau Burung ni. Boleh la belajar sikit-sikit pasal habitat haiwan yang dah semakin pupus tu. Jangan kita menambah rosakkan kawasan ni sudah la ye.

Informasi Berguna: Pulau Burung terletak di Pantai Cahaya Negeri PD. Nak senang cari Muzium Angkatan Tentera. Dekat je tempat tu dengan Muzium Angkatan Tentera. Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini ialah berekreasi, memancing dan santai-santai sambil berselfie. Untuk outdoor fotografi juga sangat sesuai.
SHARE

KHAIRUL AMRAN

Ini catatan perjalanan aku untuk aku abadikan menjadi kenang-kenangan. Selagi aku hidup, aku akan terus menulis dan menulis di dalam blog ini. Catatan ini sekadar catatan peribadi. Bukan untuk rujukan mahupun dijadikan asas hujjah dalam perdebatan. Teruskan membaca atas pilihan sendiri.

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

6 comments:

  1. macam dah tak berjaga jer tempat ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang pun bro. Tunggu NGO datang jaga kot baru ok sikit tempat2 macam ni.

      Delete
  2. dasyat kalau sampai tahap ni vandalismnya. aku pun tak paham budak2 perosak ni, apa lah faedahnya dia buat macam tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Demi kepuasan diri sendiri, akhirnya menyusahkan orang lain.

      Delete
  3. Mcm dah terjaga tempat ni tuan..klu dijaga dgn elok..bole jadi tempat bersntai smbil belaja dgn anak2..budak mesti suke tengok burung kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owh. kalau dah terjaga bagus la. Memang best tempat tu utk tujuan pendidikan.

      Delete

Before submitting your comment or should you be unaware of this, read up my comment policy . Hopefully this answers all your question regarding how I attend to readers comments.