Santai Sambil Makan Telur di Taman Rekreasi Air Panas, Sungkai




Kebiasanya kalau cerita  kolam air panas, Felda Residence Hot Spring mesti akan jadi sebutan, selain daripada Poring di Sabah dan Lost World of Tambun. Kali ini saya singgah di Taman Rekreasi Air Panas, Sungkai Perak. Alang-alang nak berjalan di hujung minggu, balik dari Cameron Highlands saya terus singgah sini.

Dari Cameron tu saya turun ikut Tapah. Masuk highway plus dan exit Sungkai,bayaran tol RM3.90. Masuk ke dalam cuma ikut signboard. Ada la lebih kurang 10KM. Jalannya selesa sebab masuk kawasan Felda yang cuma satu di dunia.

Taman Rekreasi Air Panas (TRAP) kat sini sangat unik. Kolamnya besar, mungkin kolam air panas paling besar di Malaysia. Kolam bukan cuma satu tu je, tapi ada banyak lagi di sekeliling TRAP ni. Paling menarik, pihak Felda Residence ada menyediakan tempat mandi ekslusif berbentuk bilik yang boleh ditempah khas. Privacy terjaga la sikit untuk muslimah-muslimah.
Beli telur
Aktiviti merendam telur ni paling popular di sini. Suhu air yang mencecah 100 darjah membolehkan kita rendam je telur tu dalam air kolam dan angkat untuk dimakan. Kita tak boleh bawak telur sendiri tau. Kena beli kat situ. Enam biji RM3. Takde la mahal.

Tunggu giliran untuk rebus telur
Okeh, saya bersedia merebus telur. Ops! patutnya merendam telur. Beratur menunggu giliran. Macam la kat rumah tak boleh nak masak kan? Heheh..

Rebus atau rendam telur?
Setelah lama menunggu, akhirnya sampai giliran merendam telur. Kemudahan dah agak canggih. Ada disediakan bekas telur untuk merendam. Dulu tahun 2012 masa saya ke sini, tak ada apa pun. Ikut kreativiti kita la nak masukkan telur tu macam mana. Awas! air panas sedang mendidih. Jangan sesekali mencelupkan tangan dalam air!

Menikmati telur

Menikmati telur yang dah masak. Jangan risau, di signboard ada dinyatakan berapa lama nak masak telur tu ikut kesukaan kita. Saya suka telur masak, jadi perlukan 6-7 minit untuk telur masak sepenuhnya.Kalau nak makan telur setengah masak, cuma rendam 2 minit je.

Chalet

Sebenarnya ada lagi tempat yang saya tak pegi. Di bahagian depan ada satu kolam besar. Air sungai kelah mengalir ke kolam tersebut. Boleh mandi-manda dengan kesejukkan air yang sangat dingin. Tapi, tujuan saya ke sini cumalah nak mandi di kolam air panas, jadi kolam air sejuk tu saya abaikan.

Dalam perjalanan balik, saya terfikir sesuatu. Sambil melihat-lihat sekelilin terpandang satu chalet. Mungkin satu hari nanti boleh datang menginap kat sini. Jauh dari hiruk pikuk kota. Nak menginap di Hotspirng Felda Residence memang tak mampu la. 





SHARE

KHAIRUL AMRAN

Ini catatan perjalanan aku untuk aku abadikan menjadi kenang-kenangan. Selagi aku hidup, aku akan terus menulis dan menulis di dalam blog ini. Catatan ini sekadar catatan peribadi. Bukan untuk rujukan mahupun dijadikan asas hujjah dalam perdebatan. Teruskan membaca atas pilihan sendiri.

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

2 comments:

  1. Wah besarnya kolam tu. Menarik ni. Saya pernah pergi Hot Spring Sungkai. Sama tempat ke? Yang ada private pool.

    Private pool ni besar sangat dan kami book untuk family kecik. Murah pun murah.

    Must go tempat gini.

    ReplyDelete

Before submitting your comment or should you be unaware of this, read up my comment policy . Hopefully this answers all your question regarding how I attend to readers comments.