Yang Pahit Di Teluk Kemang

Sedikit pemandangan pahit yang aku lihat semasa aku berkunjung ke Port Dickson haritu. Setepatnya di Pantai Teluk Kemang yang memang terkenal. Lagi terkenal pabila ada kes kemalangan bot pisang. Macam biasalah, setiap kejadian sudah pasti timbul komen-komen dari mulut puaka rakyat Malaysia yang memang tak pernah beli insurans mulut.

Aku tak berapa cakna sangat pasal komen mereka. Mungkin ada la yang mereka tak puas hati dengan sebilangan pengusaha di situ. Bila aku fikirkan semula, komen negatif mereka datang dari suasana yang kurang kondusif bagi sebuah kawasan peranginan. Aku mula mengangguk-anggukkan kepala sendiri. Ada benarnya macam yang dikata.

Aku dapat melihat satu pemandangan pahit yang di sepanjang pantai yang mencoklat (pasir warna coklat).Serabut sungguh dengan penjual pelampung, pengusaha bot pisang, pengusaha khemah dan pengusaha kerusi sewa. Kawasan pantai yang sepatutnya bebas digunakan oleh orang ramai secara percuma telah dijadikan seperti abah mereka yang punya. Sudah la kawasan atas (koridor pantai) pun penuh, ni kat atas pasir tepi laut pun mereka nak buat bisnes.

Aku sebagai pengunjung pun terfikir, kat mana nak bawak famili melepak. Takkan nak duduk bawah khemah yang pastinya berbayar? Orang nak santai-santai. Lagi-lagi zaman ikat perut macam ni. Sedikit bayaran yang terpaksa dibuat pun dah membuatkan mis makan sehari. Ingatkan bercuti boleh merehatkan otak, rupanya menambah serabut kepala.

Tak ada pemantauan dari pihak berwajib agaknya. Atau pihak berwajib pun tak tahan dengan perangai peniaga kat situ. Maklumlah sudah lama bertapak, kepala pun dah besar dan keras. Jadi, penguatkuasa datang pun mereka boleh buat dek aja. Apa heran kan dengan penguatkuasa. Agaknya macam tu la yang berlaku sampai keadaan bertambah teruk dari sehari ke sehari.

Okeh, mungkin setakat ni aja la kepahitan yang terpaksa aku hadam. Sorang kawan aku cakap, kalau nak selesa berkelah di Port Dickson carilah pantai private. Yang pastinya hanya boleh didapati di dalam kawasan hotel berbintang-bintang macam Avalion dan Grand Lexis. Setakat duduk kat Hotel Seri Malaysia, memang tak dapat la menikmati ketenangan berjemur di tengah panas tanpa seurat benang macam minah salleh haritu.
SHARE

KHAIRUL AMRAN

Ini catatan perjalanan aku untuk aku abadikan menjadi kenang-kenangan. Selagi aku hidup, aku akan terus menulis dan menulis di dalam blog ini. Catatan ini sekadar catatan peribadi. Bukan untuk rujukan mahupun dijadikan asas hujjah dalam perdebatan. Teruskan membaca atas pilihan sendiri.

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

2 comments:

Before submitting your comment or should you be unaware of this, read up my comment policy . Hopefully this answers all your question regarding how I attend to readers comments.