Rekreasi Berkuda Di Tasik Titiwangsa


Warga kota pasti bosan kalau hujung minggu tak buat apa-apa. Nak travel jauh sikit, poket dah kering. Maklumlah, bulan lepas gaji kan masuk awal. Belum sampai tengah bulan, poket dah kering. Nak berjalan pun pening kepala. Akhirnya, tempat-tempat rekreasi kos rendah la jadi tumpuan. Nak shopping atau window shopping memang tak la kan.

Memang banyak tempat rekreasi sekitar KL ni. Kalau sebelum ni asik terfikir nak keluar kota ke destinasi yang tenang, apa kata cuba tempat-tempat rekreasi kos rendah dalam KL ni dulu. Antara tempat untuk kita release tension Tasik Titiwangsa, Tasik Permaisuri, Taman Botani Putrajaya, Taman Burung, FRIM Kepong dan banyak lagi la. Kali ni aku cuma nak highlight Taman Tasik Titiwangsa.

Hujung minggu memang happening. Bermula dari Jumaat malam Sabtu, sampailah hari Ahad confirm ada aktiviti. Macam malam tadi ada Karnival Motor Besar. Aku cuma sempat tengok pelancaran Bingit Palestine je. Lepas tu ronda-ronda tengok pameran Motor berkuasa besar dan jualan barang-barang aksesori motor. Nak beli memang tidak ler. Kan duit tengah kontang. Heheh.

Siang tadi pulak sekali lagi aku datang Tasik Titiwangsa. Awal-awal pagi dah gerak ke sana. Penuh dan meriah. Ada yang jogging, berbasikal, berkayak dan berkuda. Nak cuba satu-satu? Boleh je kalau ada masa. Aku jogging tiga round lepas tu terus ke tempat rekreasi berkuda.


Aktiviti rekreasi berkuda dibuka hari Sabtu, Ahad dan masa cuti sekolah. Sesi pagi bermula jam 9:00 sampai 11:00, sesi petang pulak mula jam 4:00 sampai 6:00 petang. Ada dua pilihan samada nak naik kuda atau kereta kuda. Pastinya kedua-duanya memberikan pengalaman berbeza.

Sekali-sekala cubalah merasa pengalaman melancong di tempat sendiri. Nanti takde la kalau famili atau kawan-kawan datang dari jauh, kita tak tau nak bawak ke mana.

Okeh, tak sabar menunggu cuti sekolah. Dah planning nak travel ke Oversea. Tunggu la next entry ye. Mungkin travel akan datang tu nak buat live update. 
SHARE

KHAIRUL AMRAN

Ini catatan perjalanan aku untuk aku abadikan menjadi kenang-kenangan. Selagi aku hidup, aku akan terus menulis dan menulis di dalam blog ini. Catatan ini sekadar catatan peribadi. Bukan untuk rujukan mahupun dijadikan asas hujjah dalam perdebatan. Teruskan membaca atas pilihan sendiri.

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

8 comments:

  1. dah berkuda kena memanah terus la lepas ni..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyallah, tengah mengumpul duit nak beli panah. mahal weh..

      Delete
  2. Erkkk... lom pernah lagi berani nak naik kuda walaupun jalan pelan2... nanti satu hari nak beranikan diri lah... orang2 hebat zaman dulu semuanya pandai naik kuda...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la kan. Kalau kita takut nak cuba, sampai bila nak berani. Lagi satu, kalau kita tak mula sekarang, bila lagi. Sedangkan masa dah semakin hampir dan sangat suntuk.

      Delete
  3. Best jugak idea ni tuan..murah pun murah..bolelah letak dlm list nnt..good sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang ni dah masuk musim cuti sekolah lagi best. Bukak setiap hari kecuali hari hujan. Boleh la ambik masa kejap mencuba.

      Delete
  4. Akak tak pergi pun Bingit...encik suami saja yang pergi jumpa kawan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owh ye ke.. Suami akak minat moto besa ke? best best best....

      Delete

Before submitting your comment or should you be unaware of this, read up my comment policy . Hopefully this answers all your question regarding how I attend to readers comments.