Laksa Unik Ikan Sekoq

First time jumpa laksa yang diletakkan seekor ikan dalam tu. Bukan kuahnya dibuat daripada seekor ikan ye, tapi ada seekor ikan yang tak dikisar boh dalam laksa. Itulah keunikan yang buat aku terjebak makan sepinggan tak cukup.

Laksa Ikan Sekoq dengan Cendol Pulut


Nak cari, mungkin hanya di Langkawi. Tempatnya di sepanjang pantai dekat dengan airport. Time petang-petang kat sini layan laksa sambil tengok matahari terbenam. Memang satu gabungan aktiviti yang indah. Cuma sesekali mata rasa kelat bila ada pasangan bercumbu mesra dikhalayak ramai.

Sebenarnya aku nak cari Bronok kat Langkawi ni. Tapi orang Langkawi cakap tak semua kedai ada. Kalau ada pun tak tentu ada hari-hari. So, cancel la mencari bronok. 

Okeh, flight kul 19:40. Nak kena check in awal sebab beg dah beranak pinak. Sekian berakhirlah percutian ke Langkawi.

SHARE

KHAIRUL AMRAN

Ini catatan perjalanan aku untuk aku abadikan menjadi kenang-kenangan. Selagi aku hidup, aku akan terus menulis dan menulis di dalam blog ini. Catatan ini sekadar catatan peribadi. Bukan untuk rujukan mahupun dijadikan asas hujjah dalam perdebatan. Teruskan membaca atas pilihan sendiri.

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

10 comments:

  1. wah menarik ni..macam best aje...kena cuba..tapi bila nak gi Langkawi ya...hmmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuti sekolah kan masih ada. Blh je pegi minggu depan. Tapi kalau nak syok, bulan 3 ni cantik la. Cuaca pun cantik. Sekarang musim ujan.

      Delete
  2. shopping dan makan... memang best ke Langkawi... kalau masuk ke dalam dalam lagi... banyak lagi tempat makan dengan makanan yg unik2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak masuk ke dalam2 lagi perlukan keberanian. Tempat orang kan.. nanti apa pulak diorang kata.

      Delete
  3. belum pernah jumpa lagi laksa mcm ni...tapi laksa yg letak ikan sardin dlm tin, tak dikisar tu, pernah jumpa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin tak ramai yang terfikir nak buat camni kot. Pasni, pengusaha laksa boleh la buat camni kalau kat tempat sendiri belum ada. Tapi kalau dah ramai sangat yang buat, kena la cari kelainan lagi.

      Delete
  4. Salam

    SELAMAT TAHUN BARU 2015

    Semoga tahun2 mendatang menjanjikan kemakmuran, keamanana dan kesejahteraan kepada kita semua.... aminnn....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm bro.
      Thanks.. Selamat tahun baru juga.

      Delete
  5. Port makan kat belakang Lapangan Terbang tu ah makin tersohor dah skrg...
    Cuma kena pandai pilih katanya...sbb ta semuanya sedap...
    BTW, nama kedai dan cara presentatasi yg unik membantu jualan... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owh ye ke.. ingatkan semua sama. Haritu main berenti dan makan je kat tempat yang rasa macam best. Takde tengok atau rasa pun laksa kat kedai lain.

      Delete

Before submitting your comment or should you be unaware of this, read up my comment policy . Hopefully this answers all your question regarding how I attend to readers comments.