Makan Apa di Krabi?

Nun jauh dari negara kita, keperluan fizikal perlu dipenuhi. Makanan. Itu sangat penting. Lagi-lagi makanan yang halal. Di luar negara bukan macm negara kita, nampak je makcik jual makanan kita boleh sebat dan lantak.

Di Krabi taklah susah sangat nak cari makanan Halal. Cuma toyyobah tu yang perlu dititikberatkan. Pandang keliling baru beli. Lagi baik tanya dulu, halal ke tidak apa yang dijual. Bukan untuk orang lain, untuk kita juga.

Sepanjang percutian di Krabi, banyak juga makanan tempatan yang aku baham. Tengok je yang jual tu bertudung dan menyapa dengan salam, aku rasa nak try. Begitulah hebatnya Salam, Assalammualaikum. Ia membezakan antara yang hak dan batil.

Makan Malam- Green Curry
Green Curry. (800 Bht)

Makanan ni lebih kurang macam masak lemak cili api. Rasa pun lebih kurang je. Cuma ada macam-macam variasi. Seafood Green Curry, Daging, Ayam, Sotong dan udang green curry. Rasanya teramatlah pedas. Tapi ada satu kedai tu aku rasa green currynya tak pedas. Sekali ownernya orang Kelantan daaa..

Coconut Apam- Aku yang bagi nama.
Coconut Apam (Aku yang bagi nama). (30 Bht.)

Memang sedap. Rasanya aku belum pernah jumpa lagi di Malaysia. Tengah-tengah tu diisi dengan santan pekat. Rasa lemak manis. Sedap dimakan masa panas sebab kulit luar tu masih rangup. Nak lagi manis, tambah gula.

Pisang Bakar Penyet
Pisang Bakar Penyet (20 Bht / 3 ketul)

Ni pun aku yang bagi nama. Jangan marah ea.. Aku dah tanya kat penjual tu, tapi depa tak paham. So aku letak la nama sendiri. Ni pisang separuh masak dipanggang atas api sampai keluar bau harum. Bila dah nampak macam hangus sikit-sikit, diangkat dan dipenyet dengan kayu. Lepas tu dimakan dengan pencicah macam pencicah cakoi. Rasa manis juga. Rasa ketagih. Sekali makan macam rasa nak makan lagi. 

Pancake Chocolate
Pancake 30 Bht

Aku tertipu hidup-hidup dengan penjual kat sini. Ada ke patut diakatakannya ni pancake. Sedangkan ia sebenarnya roti canai. Hahaha.. Nama berubah ikut tempat. Nak buat macam mana. Layan je la. Cuma yang menariknya pancake ni ada macam-macam perasa. Banana Pancake, Chocolate Pancake, Susu Pancake, Strawberry Pancake dan macam-macam lagi.

Ramai blogger cadangkan kat gerai Yasmilah. Aku pun pegi la kat gerai dia. Kelebihan dia cuma dia pandai cakap melayu je la. Rasa pancakenya sama je macam tempat lain. Setiap petang aku akan beli. Ni pun boleh ketagih juga. Sedap.

Tagoyaki
Togoyaki 20 Bht

Bentuknya macam bebola ikan. Ada perasa tuna, perasa ketam, ada juga perasa ayam. Aku pernah jumpa makanan ni kat Jusco AU2. Rasanya sedap, untuk mencuba ok la. Tapi bukan untuk makanan harian. Nak discribe rasanya aku tak reti. Sebabnya rasa tu memang takde kat sini.

Otak-otak
Otak-otak Kukus

Dibungkus dengan daun pisang dan dikukus. Dalamnya ada isi ikan dan rempah ratus disalut daun limau purut. Rasanya sangat pedas. Makan dengan nasi putih. Kalau perut tak tahan, jangan cuba-cuba nak rasa. Aku menggeletar kepedasan makan otak-otak kukus ni sebab terlalu nak mencuba makanan orang sangat. Padahnya, hari last tu melepek cirit birit.

Pulut Nangka
Pulut Nangka

Ni makanan paling aku suka. Rasanya sangat manis. Sedap pulak tu. Tapi yang peliknya, ia dijual sebagai sarapan pagi. Kalau rasa boleh terima, takpe. Perut masing-masing kan... Ada yang tak tahan makan pelik-pelik macam ni.

Itu je la beberapa jenis makanan yang aku makan. Itu pun cuma makanan yang aku rasa tak ada atau belum jumpa kat Malaysia. 

Pesanan aku, makan la apa pun, carilah yang bersih dan halal. Sediakan juga ubat sakit perut. Maklumlah, perut nasi, nak diisi dengan makan ruji orang lain. Kadang-kadang ia akan mengundang masalah besar buat kita.

SHARE

KHAIRUL AMRAN

Ini catatan perjalanan aku untuk aku abadikan menjadi kenang-kenangan. Selagi aku hidup, aku akan terus menulis dan menulis di dalam blog ini. Catatan ini sekadar catatan peribadi. Bukan untuk rujukan mahupun dijadikan asas hujjah dalam perdebatan. Teruskan membaca atas pilihan sendiri.

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

5 comments:

  1. kalau makan street food kat Krabi pun sedap... nampak yg pakai tudung ngan kopiah tu boleh lah makan... cakap melayu memang susah sikit lah tapi still boleh bercakap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kengkadang takut gak jadi macam kedai mamak kat sini. ada sentimen keagamaan disitu. letak basmalah, nama Allah dan Muhammad terus kita terjebak. Ada baiknya tanya dulu. Pernah sekali tu pegi kat kawasan panas sekitar Ao Nang Beach, ada orang ajak makan kat kedai arak.. tapi ada cop halal kat luarnya. emmm...

      Delete
  2. Kuih coconut apam tu klau kt kelantan kita panggil serabey.

    ReplyDelete
  3. Terimakasih atas artikel anda yang menarik dan bermanfaat.
    Saya juga mempunyai tulisan yang sejenis yang bisa anda kunjungi di
    Explore Indonesia

    ReplyDelete
  4. coconut apam tu macam makanan india jugak. tak silap namanya tanggapel apam. tapi bezanya ia dimakan dengan santan. sedap! :)

    ReplyDelete

Before submitting your comment or should you be unaware of this, read up my comment policy . Hopefully this answers all your question regarding how I attend to readers comments.