Minum Susu Segar Sungai Bakap


Kali ni aku nak share tempat nak dapatkan Susu segar fresh dari ladang. Dari dulu sampai sekarang kualitinya terjaga. Dah bertahun-tahun pakcik ni berniaga. Semua hasil dari lembu yang diternak sendiri. Malam tadi balik kampung berkesempatan singgah kat kedai ni. 



Mungkin bagi sesetengah orang, tak boleh minum susu fresh sebab baunya. Tapi kat kedai abang ni, susunya tak berbau sangat. Kalau nak campur dengan madu pun boleh, campur milo pun boleh.



Pelengkap kepada susu fresh ni ialah roti bakar. Aku rasa roti bakar ni special sangat sebab dibakar diatas dapur arang. Bukan pakai pembakar elektrik.

Kadang-kadang ada jugak dia jual nasi lemak. Tapi semalam nasi lemak takde pulak. Layan je la dengan roti bakar.

Kalau nak datang sini boleh pegi ke lokasi ni 5°12'50.9"N 100°29'50.3"E. Pegi waktu malam. Siang tak bukak. Aku nak bagitau lokasi sebenar tak reti. Kedai dia betul-betul tepi jalan. Daerah besarnya ialah Sungai Bakap. Itu je yang aku tau. Tu yang aku bagi coordinat GPS je. Set kat GPS dan terus sampai, insyallah..
SHARE

KHAIRUL AMRAN

Ini catatan perjalanan aku untuk aku abadikan menjadi kenang-kenangan. Selagi aku hidup, aku akan terus menulis dan menulis di dalam blog ini. Catatan ini sekadar catatan peribadi. Bukan untuk rujukan mahupun dijadikan asas hujjah dalam perdebatan. Teruskan membaca atas pilihan sendiri.

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

3 comments:

  1. mak aii, cemana lah pakcik nak cari pakai koordinat tu nak oi... sedap kemain cerita tu... leh campo madu leh campo milo... nak gak merasanya tu... ceciter cemana nak ke sana tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak, ni yg tak tau nak cerita ni. Biasanya abg ipar yg bawak. Sebab memang tak biasa jalan situ. Sebab tu la cuma letak coordinat gps. Set kat GPS lagi mudah rasanya.

      Delete
  2. wow.. saya suka minum susu segar ni..

    ReplyDelete

Before submitting your comment or should you be unaware of this, read up my comment policy . Hopefully this answers all your question regarding how I attend to readers comments.