Percutian Ke Langkawi

Ini kali ke tiga aku menjejak kaki ke Langkawi. Mungkin kali terakhir, mana tau. Lepas percutian ke Langkawi kali ni, terus tanam dalam mindset yang semua tempat percutian di Malaysia gagal memberikan gambaran sebenar sebuah negara cantik macam Malaysia. :(

Bertolak hari Isnin dari KLIA naik MAS. Ambik tiket masa promosi RM60 sorang. Sangat berbaloi la daripada berpenat drive ke sana dari KL, 5 jam pun belum tentu sampai. Minyak, tol, feri, parking.. semua tu memerlukan kos besar. Sampai-sampai je, terus ambik teksi ke Pantai Chenang dan check in di Chalet yang dah ditempah melalui Booking.Com. Nothing menarik di sini.. Rasa agak kecewa. Ingatkan chalet betul-betul tepi laut macam yang dikatakan dalam Booking.Com, tapi tak serupa pun. Yang peliknya kaunter tak bukak, cuma ada sorang abang tu datang bawakkan kunci, tunjuk bilik dan dia terus blah. Macam chalet tak da penunggu.

Travel kali ni niat nak lepak-lepak je dan ambik pakej mangrove. Tempat-tempat bersejarah kat Langkawi dah pernah pegi. So kalau ada masa je aku akan cuba jugak pegi kat tempat-tempat tu. 

Dalam banyak-banyak pakej, Pakej Mangrove atau menyusur hutan paya bakau dan gua-gua di sekitar Pulau Langkawi aku rasa paling berbaloi. Dengan harga RM90 sorang, macam-macam pengalaman baru aku dapat.

Hirup Udara Segar
Dalam hutan paya bakau ni macam-macam boleh jumpa. Aku bersyukur sangat sebab ada pemandu pelancong, Abg Syah yang cukup arif pasal tempat ni. Dari mula naik bot, tak henti-henti dia cerita. Kadang-kadang tu ada juga pengunjung dari grup lain yang tumpang sekaki mendengar celoteh Abg Syah.

Ulaq


Ini ular yang menjadi makanan helang. Banyak khasiat, sebab tu helang suka. Biasanya helang betina makan ular ni untuk kesihatan telurnya.  Ular ni sangat berbisa. Malamnya aktif, siangnya tidur. Aku ambik gambar dekat ni pun ular ni tak sedar. Abg Syah pesan, jangan gegarkan ular yang tengah tidur ni. Dia sensetif dengan gegaran dan bunyi walaupun waktu siang mata ular ni tak nampak.

Observe Monyet
Walaupun monyet banyak kat belakang rumah aku, tapi monyet kat sini menjadi kejakunan sebahagian besar dari pengunjung. Entah apa specialnya. Mungkin orang putih ni tak pernah jumpa atau kat negara diorang spesis monyet yang ada berbeza. Monyet adalah spesis haiwan yang boleh berenang. Makanan utamanya di sini ialah ikan dan ketam.

Gua Kelawar- Bat Cave
Gua Kelawar diberi nama sempena tempat tinggal beribu-ribu ekor kelawar yang mendiami gua ini. Corak dinding yang cantik terbentuk dari aliran air hujan beribu-ribu tahun dahulu. Sabar betul air hujan mengukir dinding gua menjadi ukiran yang indah. Manakala tiang-tiang gua ni terjadi dari stalagtig dan stalagmit yang bercantum. Memang sangat unik. Oleh kerana dalam ni sangat gelap, cuma bau taik kelawar je yang mampu aku capture. Gambar semuanya kelam.

Kelihatan batu-batu bengkok menghala keluar dari dalam gua. Rupanya batu ni juga mencari cahaya matahari macam tumbuh-tumbuhan jugak.

Kita perlukan kelawar! Kelawar sejenis haiwan yang memakan tumbuhan. Dia juga ejen pendebungaan. Tahinya juga menjadi baja yang sangat baik kepada tumbuhan.

Habis cerita dalam Gua Kelawar, time to eat. Sebenarnya dalam pakej ni ada makan tengahari sekali. Kalau nak tambah see food, boleh order di restoren terapung. 

Free Show
Pertunjukkan dari pekerja restoran sebelum menikmati makan tengahari. Ikan besar-besar, udang, ketam ni fresh untuk dimakan. Boleh order di kaunter dan bayar je la.

Makan tengahari dalam cuaca hujan dan sejuk-sejuk lepas kena air memang nikmat tak terhingga. Ikan kerapu bakar tu memang sedap.

Okeh, habis menikmati pengalaman baru. Next day punya aktiviti pulak menanti. Balik hotel rehat dan shopping time. Yeyeye

SHARE

KHAIRUL AMRAN

Ini catatan perjalanan aku untuk aku abadikan menjadi kenang-kenangan. Selagi aku hidup, aku akan terus menulis dan menulis di dalam blog ini. Catatan ini sekadar catatan peribadi. Bukan untuk rujukan mahupun dijadikan asas hujjah dalam perdebatan. Teruskan membaca atas pilihan sendiri.

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

6 comments:

  1. Kementerian kita cukup gigih promosi Malaysia sebagai tempat makan. Jd tempat-tempat yg macam ni kurang diberi perhatian dan klu ikut pengalaman la..negara jiran kita lagi cantik (fakta pahit utk diakui).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul tu kak. Pahit memang pahit. Sampaikan banyak tempat-tempat menarik ni dibiarkan macam tu je. Jalan masuk tak terjaga. Parking tak ada. Landskap langsung tak menarik. Hai la bila agaknya nak berubah.

      Delete
    2. Saya sgt stuju dgn statment itu. negara jiran lebih byk tempat menarik. Singapore atau Thailand? bagi saya Thailand lebih menarik. Malaysia... hmmmm... sedihkan....

      Delete
  2. peh siap nampak ular sawa tu...bestlah nak pegi langkawi lagi pulak rasanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu bukan ular sawa, tapi ada nama sendiri. Cuma aku lupa la apa namanya. Heheh. Bulan 3, set la ke Langkawi lagi. Masa tu cuaca baik, tak ujan macam sekarang.

      Delete
  3. PENGKHIDMATAN PAKET TOUR DAN SEWA KENDERAAN UNTUK LAWATAN YANG BERBALOI DENGAN FAMILY KAT INDONESIA.

    Assalamualaikum Tuan/Puan.


    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Kami menyediakan PAKET TOUR UNTUK PADANG dan BUKITTINGGI, BANDA ACEH, MEDAN, JAKARTA dan BANDUNG, JOGJAKARTA, SURABAYA, BALI MUSLIM TOUR, dan LOMBOK.

    Dan kami juga mempunyai PENGKHIDMATAN KENDERAAN SAHAJA dengan harga yang sangat berpatutan untuk PADANG dan BUKITTINGGI, ACEH, MEDAN, JAKARTA dan BANDUNG dengan driver yang mesra, educated, baik hati, sopan, suka menolong dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pengkhidmatan pada pelancong dari Malaysia.

    Kami berusaha menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna dengan famili dan rakan-rakan di masa percutiannya.

    Contact person :

    1. Amsyahril
    ( Director )

    Mobile : +62 852 6300 7445 ( WhatsApp )

    2. Riko Adryansyah
    ( Tour & Transportation Manager )

    Mobile : +62 813 6565 4104 ( WhatsApp )

    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.




    ReplyDelete

Before submitting your comment or should you be unaware of this, read up my comment policy . Hopefully this answers all your question regarding how I attend to readers comments.