Trip Krabi #1

Yey! Krabi menerima kehadiran kami dengan senang hati selama 4 hari sejak 1 Disember lalu. Hari ni dah masuk hari ketiga. 

Sebenarnya trip kali ni tak berapa nak rancang sangat. Member yang tolong booking tiket MAS sebab ada promosi RM92 sehala sorang. 


Dapat tiket pulul 3 petang. Sampai Krabi pun lebih kurang pukul 3 petang sebab kat sini lambat sejam dari KL. Sampai-sampai je terus ambik van ke hotel. Kami berenam ambik van 1050Bht. Kalau nak murah lagi naik la bas.

Menginap di Ao Nang Beach memang menjanjikan suasana keriangan tersendiri. Cuma kali ni, trip ke Krabi nampak macam trip ke Langkawi pulak. Ramai orang Melayu kat sini. Mungkin faktor cuti sekolah dan syarikat penerbangan buat promosi.

Sampai bilik rehat jap dan terus ronda-ronda naik moto. Sewa moto sehari 180Bht. Sebenarnya boleh dapat murah lagi, tapi sebab kami teruja sangat nak motor skuter baru, kira harga tu acceptable la.


Perkara pertama dalam trip kali ni ialah cari makanan halal. Rupanya tak susah nak cari makanan halal, sebab ramai orang Islam berniaga kat sini. 

Makan malam hari pertama- 260Bht. Time makan hujan lebat sangat. Masa tu rasa macam dah takut sebab pantai kat krabi ada risiko tsunami. Mohon dijauhkan la ya Allah.

Habis hujan je terus pegi survey pakej-pakej menarik.

Hari Kedua #Phi-Phi Island.

Harga 1050Bht. Pakej sekali dengan makan tengahari. Masa ni agak terkilan sebab kat airport pakej ni boleh dapat harga 900Bht je.

Layan gambar la dulu..


Dalam bas nak ke jeti.


Speed boat. Jangan duduk depan kalau tak tahan hentakan. Ombak tak besar tapi entah kenapa kat Phi-Phi Island tu bot menghentak rasa nak gugur jantung. Duduk di dalam lebih selamat. Tapi kalau kaki selfie, duduk depan memang sesuai.



Dah kepenatan sangat mandi, snokerling dan berjemur. Muka pun dah berbelang.




Gayat



Macam cute je..


18SX tu..


Dunia penuh slow dalam air.

Snokerling time. Coral tak berapa cantik. Ikan pun pusing-pusing sang nemo tu juga. 

Dapat lobster kecik
Jumpa juga sekor lobster. Jenuh mengejar kat dasar. Pukul 1600 baru habis pusing.

Melantak lagi dan lagi.. Pedas
Habis ronda dan snokerling, makan malam pulak. Makan simple-simple je.tu pun 450Bht. 

Okeh.. Menanti aktiviti hari kedua.
SHARE

KHAIRUL AMRAN

Ini catatan perjalanan aku untuk aku abadikan menjadi kenang-kenangan. Selagi aku hidup, aku akan terus menulis dan menulis di dalam blog ini. Catatan ini sekadar catatan peribadi. Bukan untuk rujukan mahupun dijadikan asas hujjah dalam perdebatan. Teruskan membaca atas pilihan sendiri.

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

2 comments:

  1. korang tak der jumpa blogger lain ker?? ramai tu blogger yg ke sana time ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai orang melayu kat krabi time ni. kalau ada pun blogger, tak perasan sebab ramai sangat. tunggu diorang upload cerita baru tau.. hehe

      Delete

Before submitting your comment or should you be unaware of this, read up my comment policy . Hopefully this answers all your question regarding how I attend to readers comments.