Trip Krabi #2

Masih lagi cerita di Krabi. Maaf lambat sikit. Dah seharian balik baru nak tulis entry. Niat di hati nak buat live blogging, tapi peralatan yang tak sesuai amatlah membataskan. 

Hari ke tiga kami ambik pakej ke 4 pulau. Ini antara pakej yang agak terkenal kat Krabi. Pulau-pulau yang kita pegi Chicken Island, Tup Island, Poda Island dan Phranang Cave. Harga kami dapat masa ni 350Bht seorang. Ada lagi tawaran murah daripada tu, tapi tak ada makan. Makanan ni penting sebab pakej ni mengambil masa seharian. Kat tengah laut tu mana ada kedai makan. Kalau kita tak beli siap-siap atau ambik pakej makan sekali memang kelaparan la.

Okeh, apa yang mengujakan sangat masa trip ni? Pada aku yang mengujakan masa trip ni ialah pemandangan dia. Pemandangan kat pulau tu teramatlah cantik. Tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Layan gambar je la.

Poda Island- indahnya ciptaan Allah
Chicken Island- nampak macam bukan chicken je.
Pranang Caves- ada patung besar depan pintu
Gambar dari dalam gua.
Selain dari pemandangan indah atas darat, dalam air juga indah. Ikan yang manja membuatkan aku sangat teruja.

Snorkeling- My favorite activity in the sea.


Cerita pasal snorkeling, Krabi bukan tempat yang paling cantik. Pada aku, pulau-pulau di Malaysia lebih cantik pemandangan lautnya. Pangkor, Tioman, Kapas, Redang.. Semua tu 100 kali ganda lebih cantik dari tempat orang. Ini pada pandangan mata aku la.. Tapi kalau nak merasa juga pengalaman dan melihat pemandangan dalam laut tempat orang, silakan..

Time to balik.
Honeymon untuk kali ke berapa ratus ni dah nak berakhir. Tiada kenangan terindah selain dapat merasainya bersama insan tersayang. Tak perlu risau pasal bajet. Duit boleh dicari. Habis kita topup lagi.

Selesai
Balik..

Nak ke airport sewa van. Kali ni dapat harga 600Bht. Murah daripada masa datang haritu. Masa datang 1050Bht.



SHARE

KHAIRUL AMRAN

Ini catatan perjalanan aku untuk aku abadikan menjadi kenang-kenangan. Selagi aku hidup, aku akan terus menulis dan menulis di dalam blog ini. Catatan ini sekadar catatan peribadi. Bukan untuk rujukan mahupun dijadikan asas hujjah dalam perdebatan. Teruskan membaca atas pilihan sendiri.

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Before submitting your comment or should you be unaware of this, read up my comment policy . Hopefully this answers all your question regarding how I attend to readers comments.