2015 Datang Bermakna Kita Ada 365 Peluang Untuk Travel

Selamat Menempuh 2015 Yang Penuh Cabaran
Hai Bro and Sis. Selamat menyambut tahun 2015 dengan hati yang gembira. Biarlah 2014 meninggalkan kita dengan tenang. Perginya pasti takkan kembali. Travel-travel yang lepas tu pasti akan jadi sejarah dan berada dalam ingatan kita sepanjang masa. 

Masuk tahun baru ni mesti dah ramai yang merancang untuk melakukan perjalanan ke destinasi idaman. Mungkin tahun lepas tak sempat. Tak apa, tahun ni ada 365 peluang untuk kita travel seluruh pelosok dunia. Macam aku ni, cuma hari-hari cuti sekolah je la boleh travelnya pun. Time sekolah memang kat tempat kerja la jawabnya. Belum ada kekuatan untuk berhenti kerja dan travel dengan tenang ke merata tempat macam yang rakan-rakan backpacker dan traveller buat.

Awal tahun macam ni, sesuai kita cari riki-riki tempat nak dilawat dalam bulan Mac ke atas. Tiket flight pun murah. Boleh save sikit. Yang penting, boleh jalan banyak tempat.

Dalam senarai aku memang banyak tempat nak pegi. Tak tau la tercapai ke tidak. Kira ni azam tahun baru la ni. Salah satunya aku nak pegi ke Kuching. Tiket flight pun dah beli. Cuma nak buat beberapa carian je lagi sebagai persediaan ke sana nanti. Doakanlah semoga perjalanan aku nanti dipermudahkan ye.

Dikesempatan ni juga aku nak ucapkan takziah kepada keluarga penumpang Air Asia yang mengalami kemalangan. Semoga kalian tabah. Kepada semua traveller, jangan jadikan ini sebagai pemutus semangat untuk kita berjalan. Teruskan hidup macam biasa dan percayalah segala perkara telah ditentukan oleh Allah.

Okeh, sebelum aku mula menceceh benda mengarut, baik aku hentikan penulisan sampai kat sini saja. Doaku semoga azam kalian akan tercapai. Travel dengan penuh kasih sayang.. Salam sayang buat semua. Bye bye byee..
SHARE

KHAIRUL AMRAN

Ini catatan perjalanan aku untuk aku abadikan menjadi kenang-kenangan. Selagi aku hidup, aku akan terus menulis dan menulis di dalam blog ini. Catatan ini sekadar catatan peribadi. Bukan untuk rujukan mahupun dijadikan asas hujjah dalam perdebatan. Teruskan membaca atas pilihan sendiri.

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

3 comments:

  1. Salam kenal tuan tanah.
    Salam tahun baru. Selamat mengembara dalam 365 peluang ini...
    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal juga.. Selamat tahun baru. Dah selesai azam tahun lepas?

      Delete
  2. Selamat Tahun Baru 2015.... semoga tahun ni memberi kebahagiaan untuk kita semua

    ReplyDelete

Before submitting your comment or should you be unaware of this, read up my comment policy . Hopefully this answers all your question regarding how I attend to readers comments.