Melawat Bukit Bendera Di Tahun Baru Cina

Seramai-ramai umat

Cuti Tahun Baru Cina dimanafaatkan sepenuhnya untuk aku berjalan-jalan. Untuk memenuhi hajat hati Mak yang teringin sekali nak pegi Bukit Bendera, aku rasa inilah hari yang paling sesuai sekali.

Masuk Barisan

Silap percaturan rupanya.. Punya la ramai umat manusia semalam nak naik Bukit Bendera, bersesak-sesak. Mungkin cuti panjang kot.. Takpe kami gagahi juga untuk naik.

Dah sejam lebih beratur..

Hampir dua jam beratur baru berjaya naik tren. Nasib baik la tren baru ni cepat dan agak panjang. Selesa pun selesa walau berhimpit sikit dalam tren.

Sebelum tu aku nak cerita sikit pasal tempat parking. Sekarang dah senang sebab parking bertingkat dah siap. Sejam pertama RM2 jam berikutnya RM1 sejam. Ok dan selesa. Ada juga yang parking di kiri kanan jalan masuk, tapi pastikan ada kupon dan parking dalam petak yang disediakan. Kalau tak samada kena angkut dengan majlis perbandaran atau kena saman la jawabnya.

Kalau tak naik kereta sendiri, dari jety boleh naik bas rapid penang. Dapat juga mengurangkan kesesakkan kat situ. Untuk mereka yang travel berdua berbaloi sangat la cara ni.

Naik RapidPenang pun ok. Bas no 204

Tiket masuk ke Bukit Bendera RM10 dewasa dengan MyKad dan RM4 untuk kanak-kanak. Aku cadangkan kalau nak selesa dan taknak beratur panjang ambik tiket fast lane. RM20 je untuk dewasa dengan MyKad. Bukan apa, nak beratur menunggu tu punya la lama. Hampir dua jam menunggu. 

Fotographer sedang mempengaruhi pelanggan

Masa tengah berbaris ada fotographer akan ambik gambar. Bijak mereka cari rezeki. Dengan berlatarbelakangkan screen hijau, sampai atas nanti boleh la beli gambar tu dengan background pemandangan dati atas Bukit Bendera. Aku suka mengelarkan mereka ni pengambil kesempatan.

Aiskrim Banana Split.

Lega bila dah sampai atas. Perjalanan mengambil masa tak sampai 20minit. Tempat pertama wajib singgah ialah kedai makan. ABC Komtar menjadi favourite kami. Banyak lagi ABC yang sedap-sedap. Datang dan cuba dulu satu persatu. Pasti korang akan terasa nak pegi lagi.

Lepas makan barulah best nak meronda. Udara yang nyaman agak sesuai untuk aktiviti pusing-pusing. Cuma cuaca agak panas. Bawak la payung sebagai persediaan. Tak banyak sangat aktiviti time ni. Biasanya ada pertunjukkan ular. Kali ni takde la pulak.

Selain tengok pertunjukkan, kat atas ni ada Muzium Burung Hantu, Masjid, Kuil, pelukis yang sedia melukis wajah kita live, dan tengok pemandangan guna teropong ajaib.

Lihat pemandangan guna teropong ajaib

Nak tengok pemandangan guna teropong ni sila bayar RM1 untuk 2 minit. Boleh nampak Komtar dan bandar Goerge Town. 

Lepas tu tak sah kalau takde sesi posing-posing. Walaupun ntah apa-apa, asal dapat dijadikan kenang-kenangan sudah.

Posing ngan mak


SHARE

KHAIRUL AMRAN

Ini catatan perjalanan aku untuk aku abadikan menjadi kenang-kenangan. Selagi aku hidup, aku akan terus menulis dan menulis di dalam blog ini. Catatan ini sekadar catatan peribadi. Bukan untuk rujukan mahupun dijadikan asas hujjah dalam perdebatan. Teruskan membaca atas pilihan sendiri.

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

2 comments:

  1. Best jugak sekali sekala berada di puncak bukit. Luas pemandangan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan je blh tgk pemandangan, macam2 aktiviti juga kat atas tu boleh dibuat..

      Delete

Before submitting your comment or should you be unaware of this, read up my comment policy . Hopefully this answers all your question regarding how I attend to readers comments.