Silap Tarikh Beli Tiket Flight

Salah beli tiket flight memang igauan ngeri buat aku. Salah sendiri jugak sebab tak check betul-betul tarikh yang available untuk travel. Akhir tahun lepas, Airasia ada buat promosi murah, dengan eksitednya aku pun beli la tiket. Alhamdulillah dapat betul-betul murah. Pegi ke Kuching 2 orang cuma RM140 pegi balik. 

Sekali tengok tarikh, betul-betul jatuh pada hari raya haji. Hohoho, ini tak boleh jadi. Raya haji nak jalan ke mana je. Bukan ada tempat menarik yang bukak pun. Semua orang nak pegi beraya. So, aku pun cari la cara macam mana nak tukar tiket. Belek punya belek, aku rasa sangat la tak berbaloi caj-caj yang dikenakan untuk tukar tiket. Aku ambik keputusan untuk biarkan je tiket tu. Kalau ada rezeki, aku teruskanlah, kalau dah bukan rezeki burn je la. Di samping tu aku buat juga rancang nak beraya rumah member kat Sarawak. Itu pun kalau diorang tak balik kampung.

Email Harapan.. Email Kelegaan..

Semalam, dapat email dan sms dari AirAsia pasal Flight Reschedule Notice. Owh! ni berita baik. Bila check rupa-rupanya yang diubah adalah masa pegi dan balik je. Tak guna jugak. Tapi.... Ada dua option dia bagi. Pertama pilih masa yang sesuai dengan kita, dan satu lagi batalkan flight dan refund. Duit tu dimasukkan dalam credited account kita. Harusslah aku pilih option ke dua.

Cuma ada syarat yang perlu dipatuhi. Duit yang dicreditkan dalam akaun tu cuma boleh bertahan selama 90 hari. Maknanya kena order tiket sebelum 90 hari dari tarikh dicreditkan. Bagi aku itu tak ada masalah. Daripada burn terus duit tu, baik aku rancang perjalanan baru.

Legaaaaaaaa......

Agak-agak bila la agaknya ada promosi lagi ye? 

SHARE

KHAIRUL AMRAN

Ini catatan perjalanan aku untuk aku abadikan menjadi kenang-kenangan. Selagi aku hidup, aku akan terus menulis dan menulis di dalam blog ini. Catatan ini sekadar catatan peribadi. Bukan untuk rujukan mahupun dijadikan asas hujjah dalam perdebatan. Teruskan membaca atas pilihan sendiri.

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

8 comments:

  1. Ok jugak tu pergi Sarawak time cuti raya haji. Boleh makan laksa sarawak time rayakan? Saya pun pernah tukar tarikh flight Airasia sekali dulu sebab alang-alang dah masuk Europe, biar puas hati tambah seminggu lagi duduk sana. Banyak juga dia caj sebab kena tambah dalam RM 300 ++ juga. Tapi nak pergi sana bukan macam pergi KL, tak kisah la sebab masa tu pun dapat tiket promo dan yang flight yang terakhir Airasia fly ke London. Sampai sekarang tunggu je route to europe tu bukak balik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam tak sangup je beraya kat tempat orang.Heheheh

      Delete
  2. kena berhati-hati bila tempah tu.. nasib tak baik burn nanti

    ReplyDelete
  3. makasih bos infonya dan salam sukses

    ReplyDelete
  4. terimakasih gan infonya dan semoga bermanfaat

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum
    Anak saya belajar di korea...
    Dah beli tiket nk balik raya sbb thn lps x blik...
    Silap tarikh beli..
    Nk tukar tarikh tp kena panalti rm400. Mcm mn saudara dpt email yg dpt flight rechedul tu...please tlg lh duit dh la takde

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm, ooo yg tu sebab air asia yang reshedule. Kira nasib baik la.

      Delete
  6. Assalamualaikum
    Anak saya belajar di korea...
    Dah beli tiket nk balik raya sbb thn lps x blik...
    Silap tarikh beli..
    Nk tukar tarikh tp kena panalti rm400. Mcm mn saudara dpt email yg dpt flight rechedul tu...please tlg lh duit dh la takde

    ReplyDelete

Before submitting your comment or should you be unaware of this, read up my comment policy . Hopefully this answers all your question regarding how I attend to readers comments.