Langkawi Lagi, Pakej Pulay Payar yang Kurang Berbaloi

Kenapa aku kata Pakej ke Pulau Payar tak berbaloi? Sebab aku dah kena tipu dengan agen Pak Mat! Sakit ati betul la trip kali ni. Walaupun sampai jugak je Pulau Payar tu tapi unsur-unsur penipuan semasa mempromosi tu betul-betul buat aku rasa marah. Berbeza dengan percutian ke langkawi masa aku pegi tahun lepas. 

Macam ni ceritanya, aku sampai langkawi dah petang. Turun flight terus ambik kereta. Walaupun cuti sekolah, rate masih murah. Yang ni aku puas hati dengan abang yang promote perkhidmatan sewa keta tu. Keta cantik dan superb.

Bilik Hotel..

Sampai kat hotel, lepak-lepak jap dan mula survey untuk Pakej Pulau Payar. Tempat-tempat lain aku dah pernah pegi dan tak berhajat nak pegi lagi kali ni. Masa tengah survey ni aku tertarik dengan agen Pak Mat. Perwatakannya yang nampak islamik, peramah dan macam boleh dipercayai. Aku dengar dengan teliti apa yang diperkatakannya.

  • Pakej murah, RM250 untuk 2 Orang. (Orang lain ada yang bayar 180 untuk seorang)
  • Pengangkutan ke Jeti naik Van bukan naik bas.
  • Naik bot paling ramai 60 orang, tak naik feri. (satu feri 200-300 org)
  • Balik pukul 430 berbanding naik feri balik pukul 530.
  • Sampai Pulau Payar ada jamuan teh. (Tak ada pun)
  • Makan tengahari buffet. (Makanan dalam bungkusan)
  • Dll yang tak mampu dikhabarkan kemanisannya.
Antara banyak-banyak janji manis tu, aku cuma merasa yang no 1. Janji lain semuanya kelaut. Dah la naik bas tunggu sampai pukul 10pagi tak sampai-sampai. Janjinya pukul 8. Aku punya la tunggu van yang dijanjikan tapi bas pulak yang sampai. Bila kita tanya dia kata peserta ramai sangat, so dia angkut naik bas sekali.

Sampai jeti terus naik feri. Aik.. sekali lagi aku geram. Agen tu kata naik bot laju, ni naik feri dekat 200 orang dalam tu. Janji mana janji? Alasan yang diberi, memang tak ada bot laju, semua pakej ke Pulau Payar akan naik feri. Macam mana la agen tu boleh promote naik speed boat kat aku? Tak kenal bot dan feri gamaknya.

Macam tak best je..


Tak pe la, mungkin kat Pulau Payar ada banyak benda menarik lagi. Tak guna nak marah-marah sangat. Tetapi setibanya di pulau, indah khabar dari rupa. Nak snorkeling pun tak ada selera. Kesian pulak tengok pelancong asing yang ambik pakej dive. Mereka dibawa di tepi pantai! Dive apa tepi pantai? Serius aku cakap, kat sini tak ada yang menariknya. Ikan pun tak berjenis. Terlalu sedikit tarikan untuk melakukan aktiviti snorkeling di sini.

Lebih kurang pukul 430ptg kami semua diarahkan menunggu feri untuk pulang. Apa yang aku harapkan ialah balik awal sebab ada lagi beberapa aktiviti untuk aku buat lepas aktiviti ni, namun apakan daya, perjalanan balik, menunggu bas dan sampai di hotel dah pukul 7pm. Dan sebab itulah aku rasa tertipu sebab agen tu cakap pukul 5 dah sampai hotel.

Bab makan tengahari dan minum teh tu aku boleh pejam mata. Asalkan ada makanan aku tak kesah. Namun sikap agen yang tak jujur membuatkan aku hilang kepercayaan terus kepada agen tepi jalan. Nak cari balik agen tu menuntut hak, rasas seram pulak. Kang tak lepas balik kena bunuh kat Langkawi!

Apapun nasihat aku, nak mencari agen yang betul-betul jujur sangatlah susah kecuali kita kenal dengan orang-orang di sana. Buatlah survey dengan banyak agen untuk melihat perbezaan dan tawaran paling menarik kita boleh dapat. Kalau time cuti sekolah mungkin mereka akan menyembelih pelancong dan demand agak tinggi. Pandai-pandailah memilih. Jangan terpedaya dengan rupa paras dan imej islamik mereka.

Keseluruhan cerita ini adalah cerita dari aku sendiri. Pengalaman aku yang mungkin agak terburu-buru dalam membuat pilihan. Mungkin ada pengunjung yang hepi-hepi saja dengan pakej yang sama macam aku ambik ni. Semuanya datang dari hati. Kalau kita rasa nak hepi, kita hepi lah. Mungkin cerita ni boleh dijadikan sedikit panduan atau biarkan saja cerita ni berlalu tanpa apa-apa tindakan.


SHARE

KHAIRUL AMRAN

Ini catatan perjalanan aku untuk aku abadikan menjadi kenang-kenangan. Selagi aku hidup, aku akan terus menulis dan menulis di dalam blog ini. Catatan ini sekadar catatan peribadi. Bukan untuk rujukan mahupun dijadikan asas hujjah dalam perdebatan. Teruskan membaca atas pilihan sendiri.

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Before submitting your comment or should you be unaware of this, read up my comment policy . Hopefully this answers all your question regarding how I attend to readers comments.